Monday, 17 June 2013

Selamat Hari Ayah...!!

Hannah dan kad ucapan Selamat Hari bapa
Saya harap masih belum 'sangat' terlambat untuk saya masukkan entry khas untuk meraikan Hari Bapa yang di sambut pada Ahad lalu iaitu 16 Jun 2013. Gambar di atas sebenarnya adalah gambar tahun lepas yang saya ambil ketika menyambut Hari Bapa.. (untuk kami saya lebih suka panggil Hari Ayah..) yang mana pada tahun itu 2012, Harith masih dalam perut. Jadi pagi itu saya telah menempah sebiji Pavlova dari rakan FB dan beliau juga merupakan schoolmate Encik Suami di Kluang, Syikin Johar namanya, siap buat delivery sampai ke depan pintu.

Orang paling excited, dah tentulah si Hannah, siap tanya mama kek untuk siapa, untuk Hannah ke, Hannah nak tiup lilin..jadi saya beritahu dia, ini Kek untuk Ayah, Hannah pegang kad ni, mama nak ambil gambar lepas tu Hannah nyanyi untuk ayah ok?! Si Hannah mengangguk2 pantas sebab super excited!


Aksi manja Hannah time nak bagi Kad untuk Ayah


Di kesempatan ruang dan peluang ini, Encik Suami, saya ingin ucapkan Selamat Hari Ayah, terima kasih kerana sentiada hadir dalam hidup saya dan anak, sentiada ringan tulang dan sentiasa hands on dalam urusan rumah tangga dan menguruskan anak. Sentiasa menjadi pemujuk anak- anak bila Mama dia dah jadi Tarzan, sentiasa menjadi playground dan juga kuda tunggangan untuk Hannah & Harith. Sentiasa sedia untuk bangun di tengah malam untuk bancuhkan susu Hannah dan pelbagai lagi kerja-kerja rencam si Ayah..

Sesi potong pavlova

Selamat Hari Ayah..walaupun tiada pavlova dan kad ucapan tahun ini, namun kasih kami terhadapmu tidak pernah pudar malahan sentiasa bertambah. Moga Allah merahmati perkahwinan kita, memberkati kita dengan rezeki dan Rahmat, bahagia bersama anak-anak pintar solleh dan sollehah..amin ya Rabbal Alamin


5 comments:

  1. Amin...Love u all..*nangis teharu*

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kak Rina, thanks u for reading up my post..hehe sihat ke balik Umrah? harap semuanya baik-baik saja

      Delete
  3. muahahahahahahaha...a.long kodi touching...

    ReplyDelete
  4. biasalah abang memang sentimental

    ReplyDelete