![]() |
| Hannah & Harith |
Hannah Humayra lahir pada 5 Mei 2010, jam 6.15 petang dalam satu prosedur emergency-ceaserian section di Hospital Putrajaya kerana kondisinya yang doktor beritahu IUGR (intra-uterine growth restriction) atau dalam bahasa senang faham, pembesaran Hannah ketika dalam rahim terbantut, dah oleh kerana itu Hannah disarankan untuk dilahirkan lebih awal yang mana tarikh EDD sepatutnya pada 22 Jun! Jadi 'kakak' Hannah lahir pada usia kandungan hanya 33 minggu, dan yang lebih mengejutkan.. berat ketika Hannah dilahirkan hanyalah 1.46kg!
Semua bertanya, " Masya Allah 1.46kg tu besar mana lah agaknya baby?" apa yang boleh saya gambarkan sebaik sahaja menatap Hannah * hanya selepas 2 hari dilahirkan* di bilik NICU... " humm besar botol sunquick je" serious mmg sebesar itu anak sulung saya terbaring dalam inkubator dengan wayar berselirat di dada, dan juga feeding tiub di mulut nya.
Selepas berumah tangga di Hospital Putrajaya * Hannah stay di NICU selama 27 hari* dan saya sendiri stay dalam wad 2B selama 14 hari dengan 2kali admisson!* kami akhirnya dibenarkan keluar selepas berat Hannah mencapai 1.8kg! Ya saya tahu berat 1.8kg tu besar mana la sangat kan? saya boleh cakap besar sikit la dari botol sunquick tadi ;-P
| Hannah @ 1 month old |
Harith Hazim? owh Harith dilahirkan normal selepas mama dia khatam baca setiap buku pregnancy belek saban hari malam siang..siang malam tentang peluang melahirkan anak seterusnya selepas satu c-sect dilakukan atau dalam bahasa doktornya V-BAC ( Vaginal Birth After Ceaser) jadi..istilah "once a ceaserian always a Ceaserian" adalah tidak benar sama sekali selepas kelahiran Harith Hazim!
Harith juga dilahirkan agak awal dari jangkaan EDD nya yang sepatutnya pada 5/10/2013 * kononnya Harith akan share bulan yang sama dengan bulan birthday mama iaitu Oktober* tapi Allah lebih mengetahui dan mempunyai perancangan lebih istimewa! Ya, saya bermimpi pada minggu-minggu akhir kandungan saya akan melahirkan Harith sama dengan birthday ayah dia..iaitu pada 19/9/2012.Bila bagitahu encik suami, beliau hanya sengih sambil buat muka kool* suami saya suka buat muka kool* hehe..
Jadi pada tarikh 18/9/2012 saya ke Hospital Putarajaya untuk buat check-up mingguan di samping menyambung MC hehe Doktor Azmi beritahu :
Doktor Azmi:" owh nampaknya baby awak ni pun dah taknak membesar dalam perut mama dia la, dah stop growing since 36w ni, air pun dah kurang..jadi plannya esok masuk ward, kita induce untuk normal labour dan we will see how it goes ya?"
Saya: " alahai ye ke doktor, ada apa2 perlu saya buat tak untuk induces labour naturally, perlu saya jalan banyak2 ke?
Doktor Azmi: " *senyum* tak membantu sangat pun, kalau saya jadi awak saya makan apa saya nak makan sekarang"
Umpama kata-kata keramat keluar dari mulut Doktor Azmi, saya sahut dan melangkah keluar ke cafeteria hospital and had BIG LUNCH! Saya makan nasi tambah 2 kali dan makan ikan keli berlado 2 ekor!*mmg pelahap patut pun kena GDM* Tiba-tiba lepas makan saya start ada show, masuk semula bilik Doktor Azmi, doktor check jalan takde lagi and suruh balik rumah dulu.
Memandangkan esok 19/9/2012 adalah birthday en.suami,maka malam itu kami *saya, en suami, dan hannah* ke restoren favourite saya di Cyberjaya -Saba' Restoren untuk pekena nasi arab. *Nota: ketika ini saya telah ada show dan juga telah ada kontraksi, tapi masih gagahkan diri dan berjalan seperti penguin ke sana ke mari. Siap beli 2 slices kek dekat Secret Recipe, beli lilin lagi Hannah tukang tiupkan lilin sambil mama nyanyi2 lagu birthday, dan en.suami seperti biasa buat muka malu-malu kool sebab orang dekat Saba' dah start pandang-pandang.. :-)
Balik dari Saba' lebih kurang pukul 10+, saya masuk toilet dan tgk bukan setakat show lagi yang keluar but dah ada fresh blood jadik saya terus call Doktor Azmi yang kebetulan tengah on-call malam tu, dan saya disuruh 'check-in' labour room malam itu juga.Dan bila doktor on-call tanya, bila last puan makan? err baru setengah jam lepas, lepas tu saya minum pulak air zam-zam depan doktor yang sama, sambil muka terkulat2 doktor tu cakap " puan kena puasa ye skrg, dah masuk labour room ni takleh makan minum.." alamak doktor maaf la ni pengalaman pertama saya masuk labour room sebab sebelum ni saya di OT Room..hehe
Selepas bertarung nyawa * dari pukul 12am masuk labour room* sampai la ke pukul 4.15 tanpa epidural, kerana tiada epidural off office hour ditawarkan.. akhirnya Harith Hazim selamat dilahirkan. Mama nak sangat lahirkan secara normal kan? Nahhh rasakan mmg normal habis tanpa epidural, tiada ubat penahan sakit *ok saya tipu-saya ambil pethidine jab dan juga enthonox gas tapi nothing worked!*
Di saat Harith diletakkan di atas perut saya buat pertama kalinya, dan melihat muka dia dan mata dia baru cuba dibuka tu..Subhanallah besar nya kekuasaanMu Ya Allah kau kurniakan kami zuriat lelaki yang ditakdirkan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ayahnya..ya tanggal 19/9/2012 Harith dilahirkan selepas lebih kurang 6 jam lepas mama dia sibuk tiup lilin dan nyanyi lagu birthday untuk en.suami. :-)
![]() |
| Harith Hazim |

