Monday, 17 June 2013

Selamat Hari Ayah...!!

Hannah dan kad ucapan Selamat Hari bapa
Saya harap masih belum 'sangat' terlambat untuk saya masukkan entry khas untuk meraikan Hari Bapa yang di sambut pada Ahad lalu iaitu 16 Jun 2013. Gambar di atas sebenarnya adalah gambar tahun lepas yang saya ambil ketika menyambut Hari Bapa.. (untuk kami saya lebih suka panggil Hari Ayah..) yang mana pada tahun itu 2012, Harith masih dalam perut. Jadi pagi itu saya telah menempah sebiji Pavlova dari rakan FB dan beliau juga merupakan schoolmate Encik Suami di Kluang, Syikin Johar namanya, siap buat delivery sampai ke depan pintu.

Orang paling excited, dah tentulah si Hannah, siap tanya mama kek untuk siapa, untuk Hannah ke, Hannah nak tiup lilin..jadi saya beritahu dia, ini Kek untuk Ayah, Hannah pegang kad ni, mama nak ambil gambar lepas tu Hannah nyanyi untuk ayah ok?! Si Hannah mengangguk2 pantas sebab super excited!


Aksi manja Hannah time nak bagi Kad untuk Ayah

Selamat Pengantin Baru Adikku Jiji...

Debaran menggengam tangan Pak Mertua :-)
Post saya kali ini adalah istimewa untuk adik lelaki saya Mohd Tarmizi tentang majlis hari bahagianya di Tanjung Karang pada 25 Mei 2013 dengan pasangannya (my newly sister in law) Siti Hajaratul Nur Binti Ismail, dan gambar di atas adalah sesi debaran memuncak iaitu majlis akad nikah yang di buat sendiri oleh FIL Jiji, Pakcik Ismail.

Apa yang boleh saya gambarkan tentang majlis hari bahagia Jiji & Jaja di tanjung Karang adalah havoc! hehe bukan havoc yang tidak baik tapi baik baik belaka, bila semua sanak saudara Pahang dapat berkumpul secara muafakat dan beramai-ramaian meraikan Pengantin adalah satu muafakat yang tidak dapat saya gambar kan..walaupun ada juga sedikit insiden kekecohan di awalnya, masalah domestik, logistik,tapi itu semua dapat di atasi bila kita melihat dari sudut positif dan cuba keluar dari zon selesa. :-) * i know its so much easy to say it..but hey we did it!..yay to us!!


Orang Kuat- Otai memberi semangat kepada Si Pengantin!