Monday, 17 June 2013

Selamat Pengantin Baru Adikku Jiji...

Debaran menggengam tangan Pak Mertua :-)
Post saya kali ini adalah istimewa untuk adik lelaki saya Mohd Tarmizi tentang majlis hari bahagianya di Tanjung Karang pada 25 Mei 2013 dengan pasangannya (my newly sister in law) Siti Hajaratul Nur Binti Ismail, dan gambar di atas adalah sesi debaran memuncak iaitu majlis akad nikah yang di buat sendiri oleh FIL Jiji, Pakcik Ismail.

Apa yang boleh saya gambarkan tentang majlis hari bahagia Jiji & Jaja di tanjung Karang adalah havoc! hehe bukan havoc yang tidak baik tapi baik baik belaka, bila semua sanak saudara Pahang dapat berkumpul secara muafakat dan beramai-ramaian meraikan Pengantin adalah satu muafakat yang tidak dapat saya gambar kan..walaupun ada juga sedikit insiden kekecohan di awalnya, masalah domestik, logistik,tapi itu semua dapat di atasi bila kita melihat dari sudut positif dan cuba keluar dari zon selesa. :-) * i know its so much easy to say it..but hey we did it!..yay to us!!


Orang Kuat- Otai memberi semangat kepada Si Pengantin!


Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan mewakili keluarga Pengantin kepada sanak saudara yang datang dari jauh atas kesabaran dan toleransi anda sepanjang majlis dan juga kerana menjadi keluarga kami yang sangat sporting yang tidak terhingga!


Anda semua memang sporting bila hampir kesemuanya memakai baju merah sebagai tanda sokongan walaupun tiada sponsor dan tiada penajaan, yang dibuat oleh keluarga pengantin dan juga hanyalah 'bagitau mulut sahaja' tapi melihatkan dari gambar di atas...wah! sangat ceria dan sangat bersemangat semuanya!

Walaupun di awal kemunculan Pengantin Lelaki ada sedikit masalah teknikal bila samping yang cuba dipakai asyik tidak menjadi kerana ketiadaan alatan yang mencukupi (pin, safety pin, jarum peniti etc) dan walaupun hampir setengah jam kami semua menunggu di bawah terik mentari, kumpulan kompang pun dan hampir garing di bawah matahari Tanjung Karang tengahari tu, tapi kami semua maintain memasang wajah ceria.. :-))



Ingin juga saya coretkan disini tentang majlis walimah anjuran adik iparku Jaja, kami semua amat kagum dengan makanan yang disajikan, pelbagai dan semuanya sedap2! Dari mula makan sesi petang selepas akad nikah petang tu, kami disajikan dengan kari udang..wah masing2 tak lepas peluang menjamu selera dengan udang besar2 tapak tangan..masing2 punya pinggan selonggok udang dan kulit udang..hehe *maaflah kami semua mmg hantu udang* dan juga pecal jawa, ada laksa penang, kuih muih, manisan, dan pelbagai lagi. Kemudiannya di sesi sebelah malam kepada yang tidak berpeluang menghadirinya kerana keletihan, kami disajikan pula dengan sate, ayam goreng, dan juga pelbagai lauk tambahan lain. Tambahan dengan orang kampung yang datang dan memeriahkan lagi majlis di sebelah malamnya, kami rasakan majlis lebih happening di sebelah malam bila ada DJ majlis yang mengumumkan ada sesi pertandingan karaoke untuk kalangangan ahli penanggah malahan siap ada pemilihan lagu perlu di buat awal dan peserta akan dipanggil mengikut giliran! memangggg meriah!


Gambar di atas, Pengantin dan Keluarga Makya.. entah kenapa saya tak boleh buat edit caption pulak, maaflah saya budak baru belajar nak tulis blog.. :-)


Akhir entry post ini, ingin saya menyampaikan pesan dan juga berkongsi dengan adikku Jiji & Jaja:

* Perkahwinan ini adalah satu amanah yang didirikan atas rasa hormat dan tanggungjawab

* Ianya indah, namun adakalanya datang lah tak berapa nak indah kan, di sini lah rasa hormat dan sabar itu perlu di tambah!

* Dan untuk kalian yang PJJ - i hope this quotes can make u guys stronger!

" DISTANCE MEANS SO LITTLE WHEN SOMEONE MEANS SO MUCH..."
Salam Sayang dari Kaklong, Abang Long, Hannah Humayra & Harith Hazim * nak jugak letak kan!* :-)

* kredit kepada taufik yang mengambil gambar! *
* Nantikan post saya untuk kenduri sebelah Pekan pula ! :-) *

Nota Kaki :
-Tahukah anda, kita semua * u know who u are* berjaya shoping di pekan Tanjung Karang sebelum majlis Kenduri bermula? malahan tudung yang saya gayakan ketika Majlis adalah hasil tangkapan shoping di Tg.Karang!

-Tahukah anda untuk Majlis ini, saya dikhabarkan orang kampung dan sanak saudara Jaja telah rewang hampir setiap hari pagi dan malam untuk  seminggu lamanya!










2 comments:

  1. yeah....sudah ad post baru...bgos

    ReplyDelete
  2. boleh2 la sikit2 cari masa nak buat post baru.. heheh

    ReplyDelete