Sunday, 7 December 2014

My Morning Walk With Harith!


1st check point-In front of Istana Abu Bakar!

Hello! Sejak duduk Pekan ni makan pun dah banyak asik makan makan makan je kejenya jadi since harini dah bangun awal, thanks to Harith woke up since 6:15am then why dont we take this oppurtunity by taking a morning walk, strolling along Padang Polo yang permai tu! Gituuuu

Jalan Padang Polo.. A peacefull small road that looks like it never ends 😪

Since pagi ni cuaca sangat baik.. Sejuk je since malam semalam hujan ribut kan.ok nak cerita sikit aku pun start la ON kan my Argus App untuk kira berapa banyak dah langkah pagi ni dapat kan, App ni bagus sebab boleh kira kalori yang kita bakar sekali.

Sebab Harith je yang nak temankan mama pagi ni maka naik la basikal roda tiga dengan kepala bear kat depan tu, penolak tu boleh control handle so senang sikit kan 😅

2nd Check Point -Royal Padang Polo Sign

ok we made it Harith! Stop kejap amek gambar dulu sebagai bukti! Hehe

Ok ni lah The 2nd Check Point tadi signboard with 2 gigantic Horses yang nampak macam nam berlaga tu LOL

Harith is so proud and gave his peace sign pose at the Horse Statue

Dan padang besar dekat belakang sign tu adalah Padang Polo, sesuai la dengan nama dia mmg padang tu akan digunakan untuk Horse Polo Activity, ikut musim.kalau sampai musim dia ada tournament and tempat ni dah macam ada fiesta! 

And here Stand Harith with his proud peace y'all pose at the Polo Field

Padang Polo ni sendiri punya la besar i think it is as big as the soccer field!

And theres chickennnnn-when we see chickennnn we MUST-CHASE-THEM! 🐓🐔🐥🐣💨💨💨

ok harith kamaannnnn dah lama kita tersasar dari tujuan sebenar.. Jom jalan balik!


This amazing Polo Field has its surround white fences that add on its beauty and serene look!

4th check point- is it 3rd or 4th?! Or mama lost count already! buttt whatever it is this is the Royal Horses Stable!


And lucky Us- theres one horse comeby and having grass breakfast 🐎

Dekat stable kuda ni ditempatkan kuda-kuda polo milik Istana and rasanya pemilik kuda polo yang lain pun station dekat sini kot. Theres a stable guy yang jaga all the horses dekat sini, bathing feeding and take care all of them.

Dan dekat Padang Polo ni juga ada banyak pokok-pokok beringin yang berusia hundred of years(ok i lied.. I dont know their exact age but they look really old and magestic like the tree in The Harry Porter movies!!)

These are some of the Old Trees that i talked about-really majestic kan ? Subhanallah

And this one right here really look like the Banging Bashing Tree in The Harry Porter movies tu kan? 

Back to our journey, as my hp battery is running low then theres no photo taken anymore as im saving it for my Argus App to count all my hard earn steps this morning! Phew!! 💦

Owh this is the royal horses stable where they station all the polo horses in their own room! They have their own room so they can have their own privacy i guess 🙊

Back to our morning walk, battery running low as so did our energy, no more talking no more picture taking. My aim now is just to finish my morning walk before Harith throwing his tantrum as theres no bait available. I forgot to bring his milk or water or snacks or anything.. So jalan laju laju it is before Harith Mengamok! Haha

And after about 1 hour we arrived! Cuaca pun still baik sejuk je anddd I did it! I managed to achieve this accoring to my argus calculation *actually its more than that but i forgot to turn Argus a bit sooner heh*

We did it Harith!! Jom buat lagi ...esok?! Well kita tengok la dulu okayyy 👀

Wednesday, 3 December 2014

We have Moved to Kuantan!

Dah lama betulll tak post anything or somthing in this blog. Bersawang dah tahap rumah dracula gamaknya!

Just want to update in this blog (actually im waiting for my Murtabak Mengkasar to be tapau'ed) that we have moved to Pahang.. To kuantan to be exact. I got my TO on my birthday that im gonna be a dpp based in Kuantan! 

Alhamdullillah syukur dapat jugak la kami 1 family back together. Butttt be a dpp?! What the heck! Bring it ON! 

Ok thats for now i guess hopefully rajin la lepas ni nak update lagi 😆

Adik manisss mana murtabak hakak nii?!! 
Ok saje letak gambar takde kena mengena sangat dengan title just nak nampak we are together now ☺️

Sunday, 2 March 2014

Kidszoona on weekend!

 
Dah namanya pun weekend kan, jadi tine cuti hujung minggu macam ni lah nak spend masa dengan anak2. Hannah minta nak pergi ke taman, sorilah Hannah cuaca berjerebu la sayang kang hilang pulak hannah dalam jerebu tu, kita pegi taman indoor je la ye.

Jadi kami decide pergi indoor playground, yang paling dekat dan yang paling murah harga masuk dia so far ialah Kidszoona di Jusco Taman Equine Sri Kembangan!! Sebelum ni kami pernah try pergi dekat playground Paradigm Mall, per entry on weekend sampai RM 38 sorang!! Wahhh mahal nya skang ni dah 2 orang pulak kan, jadi pergi yang murah2 sudeh *cheapskate* hehe

 * at the entrance anak dan ayah 2-2 excited!

  * ni terms and conditions Kidzoona*

  * antara syarat lain budak yang masuk tak boleh lebih dari 140cm!!

* yay anak mama dah tinggi!! Almost 100cm!* boleh masuk!

             * ayah isi form masuk dulu*

* ok ni harga masuk dia- yang best nya UNLIMITED play time!*

Kat dalam tu segala jenis mainan ada, blocks, mainan masak2, arcade games,playground yang tiup2 angin *apa tu?!* haha nanti mama upload gambar okeh!

   * ok guys naik kuda ku lari gagah berani! *nota: harith muka bangun tido terus terkam nak naik kuda!

 * lepas naik kuda Harith jadik Azroy pulak nak naik motor* 

Harith bangun tido macam mengigau terus join main, nak naik motor vrommmm rambut pun out of bed look la harith haha! 

* hah tu dia playground tiup2 angin tu, boleh lompat2 jatuh pun x sakit!*

Tapi bahayanya playground angin ni kalau budak2 besar lompat atas tu memang terpelanting la budak2 kecik lain sebelah tu.Tulah agaknya Kidzoona ni x bagi budak besar masuk area ni. Bagus jugak kalau x Hannah memang takde chance la.Harith memang kirim salam la dik belum boleh masuk lagi tak cukup umur, mama pun x kompiden lagi nak lepas awak masuk.. Heheh

 *educational toys pun ada, Hannah tiba2 ada geng nak join main sama*

*sesi berebut nak naik Bulldozer pulak!*
Nota: motor Azroy Harith dah kena rembat budak lain hehe

* Ok nasib baik la korang Bulldozer tu ada 2 bijik naik la korang sorang satu!*

* lepas naik Bulldozer, Harith naik Thomas 18 round sampai lebam*

Mainan yang biasa kena isi syiling macam Thomas ada la dalam 3 bijik, ada kete polis dan satu lagi helikopter ke apa tah, tak perasan sebab Harith nak naik Thomas je.

Kami masuk pukul 1 keluar dari Kidzoona dalam pukul 4! Itupun sebab Hannah dah meleleh tengok makanan orang sebelah makan.

Iklan: Kidzoona juga boleh buat birthday celebration kat situ,tadi kami pergi pun ada orang tengah buat birthday party, closed party staff Kidzoona akan jadi host and arrange kan games and activities.Ni link FB kidzoona utk sesapa yang berminat! https://www.facebook.com/pages/AEON-Fantasy-Kidzoona-Mini/446165495460909

Untungla korang budak2 zaman sekarang, ada playground bayar2 ni zaman mama dulu takdo pun. kalau ada pun x mampu kot nak masuk sorang kena smpai puluh2 ringgit kan.

Anywayyyy..We had fun and *tiring* weekend, thanks Ayah bawak kami jalan2.Till then weekend is almost over, and Monday is coming.. Reall soon! *arghhh!*

Mama xoxo~

Saturday, 1 March 2014

Ahli Jemaah Masjid Putra


Hannah dah lama merengek nak dibawa ke masjid putra, dah lama x pergi mama, saban minggu merengek mintak dibawa.Memang dah lama pun kami x pergi berjemaah di Masjid Putra,last sekali pergi masa Ramadhan tahun lepas 

        *muka excited nak berjemaah*

      *harith handsome boy mama pun excited*

Thanks to rengekan hannah setiap minggu maka weekend kali ni dapat la kami berjemaah maghrib di sini.

Tips: sila pergi at least 15 minit sebelum azan sebab nak cari parking memang amek masa!

Alhamdullilah mama pun dapat berjemaah walaupun masbuq sebab risau si Harith main2 jauh tapi tak dia stay je tercangak menengok jemaah lain

    *kakak hannah dah ready nak solat*

     * finally baju melayu yang dibeli untuk cukur jambul fits him!

     * kakak hannah ready nak solat alhamdulillah *

Dan to my surprise masa imam baca al fatihah Hannah dah boleh baca sama2 sikit hasil belajar dekat tadika. Well done hannah mama so proud of u!!

Till then alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Mu kami ke rumah Mu kali ini moga amalan berjemaah ni dapat berterusan!

Mama xoxo~

Thursday, 27 February 2014

Hannah kena Chickenpox!!

Apa itu chickenpox a.k.a. Demam Campak

Demam campak (Rubella) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Tanda-tanda
demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
1. Demam tinggi
2. Batuk, selesema dan sakit tekak
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya
4. Sakit otot


BAGAIMANA JANGKITAN AWAL
Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.
 
BERTINDAK SEGERA
Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing.
 
 

Sumber : http://fuh.my/cara-merawat-demam-campak-bayi/

Dannnnnnn yang tak bestnya, Hannah pulak dah kena chicken pox! Thanks to jangkitan dari tadika sekolah dia. mana lah lagi sumber nya kan, Paling tak best bila Tanya cikgu dia pasal berapa orang dah kena takut la kan anak kita sumber utama nya..rupa-rupanya cikgu dia jawab : " aah puan, dah ramai kena, kelas saya saja dah 4-5 orang!" abes kenapa cikgu tak bgtau budak2 tu jgn datang sekolah??" adui la.



pox pertama yang kami discover dekat perut, yang ni paling besar and dah pecah pun..*scary*
Jadi disebabkan Hannah dah infected maka sebagai parents yang bertanggung jawab maka Mama korbankan lah masa dan tenaga dengan bawak Hannah pegi ofis mama, bukan main Happy lagi. Nasib baiklah demam Hannah dah kebah, rupanya Hannah demam minggu lepas sebab cikenpox iye...

terlebih santai minum susu atas sofa opis mama, siap silang panggung

kalau tak kerana pox kat muka tu org tak tau pun budak ni sakit *ceria sgt rupanya*
Jadi Hannah kena la bangun awal sebab nak kejar punch kad mama yang sangat strict tu.. masuk sama-sama 8-5 okeh, nasib baik dah hari Jumaat.

Sebab ada budak kecik kat opis, maka opis pun tiba2 dah jadi macam kindergarten rupanya..

bekas air Dora kena bawak..


Sesi warna-warna pun dah buat..siap ada cikgu tadika import * kawan mama auntie nani* thanks auntie!
Crayon sepah sana sini, nasib baik boss sporting..mekasey boss paham situasi ibu muda anak kecik ni.

Harapan dan doa mama, jangan la si hensem masam boy mama si harith Hazim berjangkit pulak.. ada orang kata baik sekali harung semua kena, ada yang cakap kurantin kan..setakat mana sangat la boleh kuarantin dah nama nya pun duduk satu rumah ..kan??

Isu samada ciken pox berulang ni ada mama google kan kat sini :http://drzubaidi.com/blog/?p=4027

Budak sakit minum susu

dah macam bisul pulak

Dalam telinga pun ada!
Oklah Hannah, have fun la dekat opis mama sambil enjoy being a sick girl!

Mama xoxo~




Monday, 24 February 2014

Im a Kampung Girl and Proud Of It!!

Saya dibesarkan di kampung, Kampung Panchor Pekan Pahang. Bandar kecil sangat dekat dengan Istana Sultan Abu Bakar *literally a walking distance* .

Sepanjang tempoh saya bersekolah rendah saya dan adik2 hanya perlu berbasikal ke sekolah berbasikal ke sekolah agama petang dan berbasikal ke sana ke sini tanpa rasa takut bimbang kena culik dan sebagainya.

Jalan di hadapan rumah kami namanya Jalan Halimi dan ada lebih kurang 20 rumah kampung disepanjang Jalan Halimi dan kami semua berjiran dengan erti sebenar berjiran where everybody knows each others name anak siapa mak bapak siapa duduk di mana, sakit pening jiran boleh tau dan datang menziarah apa lagi kalau saya anak cikgu lagi lah jiran2 kenal!! Hehe

Bila balik kampung saya cuba sedapat boleh untuk bawak hannah & harith jalan2 menyusuri Jalan Halimi, kalau ke depan lagi akan terus berjumpa dengan pintu gerbang utama Istana Tuanku!

* are u ready guys to ride along Jalan Halimi?!*

* ready to take over Jalan Halimi*

Jalan Halimi masih belum berubah masih sama, masih aman, jiran2 masih mesra jalan 10 meter jumpa rumah maklong tioman singgah dulu bagi salam.. Jalan lagi 10 meter jumpa rumah mak teh masuk bagi salam

*gambar dibelakang kami kalau terus ke depan akan jumpa pintu gerbang istana!*

* Jalan Halimi ni panjang dan lurus sahaja  darj depan ke belakang*

I love to grow up in this kind of environment jiran2 mesra aman and less stress.. Kids this is the street where i grew up, mama is a kampung girl and im so proud of it!

Enjoy the pictures 



I love my kampung !! Xoxo