Monday, 24 February 2014

Im a Kampung Girl and Proud Of It!!

Saya dibesarkan di kampung, Kampung Panchor Pekan Pahang. Bandar kecil sangat dekat dengan Istana Sultan Abu Bakar *literally a walking distance* .

Sepanjang tempoh saya bersekolah rendah saya dan adik2 hanya perlu berbasikal ke sekolah berbasikal ke sekolah agama petang dan berbasikal ke sana ke sini tanpa rasa takut bimbang kena culik dan sebagainya.

Jalan di hadapan rumah kami namanya Jalan Halimi dan ada lebih kurang 20 rumah kampung disepanjang Jalan Halimi dan kami semua berjiran dengan erti sebenar berjiran where everybody knows each others name anak siapa mak bapak siapa duduk di mana, sakit pening jiran boleh tau dan datang menziarah apa lagi kalau saya anak cikgu lagi lah jiran2 kenal!! Hehe

Bila balik kampung saya cuba sedapat boleh untuk bawak hannah & harith jalan2 menyusuri Jalan Halimi, kalau ke depan lagi akan terus berjumpa dengan pintu gerbang utama Istana Tuanku!

* are u ready guys to ride along Jalan Halimi?!*

* ready to take over Jalan Halimi*

Jalan Halimi masih belum berubah masih sama, masih aman, jiran2 masih mesra jalan 10 meter jumpa rumah maklong tioman singgah dulu bagi salam.. Jalan lagi 10 meter jumpa rumah mak teh masuk bagi salam

*gambar dibelakang kami kalau terus ke depan akan jumpa pintu gerbang istana!*

* Jalan Halimi ni panjang dan lurus sahaja  darj depan ke belakang*

I love to grow up in this kind of environment jiran2 mesra aman and less stress.. Kids this is the street where i grew up, mama is a kampung girl and im so proud of it!

Enjoy the pictures 



I love my kampung !! Xoxo

3 comments:

  1. ni depan umah jer ni...jln la ke umah jiran skali..

    ReplyDelete
  2. memang jalan ke rumah jiran nono, tapi tak sempat la pulak nak amek gambar..

    ReplyDelete