Wednesday, 1 January 2014

Encik Suami...We Have Been Married For 4 Years!

Sesi melambung rose petals..credit to Mr.Photographer
Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan saya dan Encik Suami, selalu saya merujuk suami saya sebagai encik suami, namanya siapa? Ok bukan la nak berahsia sangat pun  siapa sebenarnya Encik Suami saya, Encik Huzaine Hatta a.k.a Mamet, Abg Huzz ( gelaran MDK kepada Encik Suami), Chip dan etc etc.

Bila saya bagitahu Ma (My Mom) tentang hasrat hati nak berkahwin ni, dan saya bagitahu intro asal usul Encik Suami, berikut adalah dialog ringkas yang telah diedit sewajarnya bagi jalan cerita ini :-)

Saya: Ma, kaklong ada berkenalan dengan kawan kaklong ni, kami plan nak kahwin la, nanti kawan kaklong tu akan call Ma sendiri *insert nada malu2 kucing*
Ma: * dalam hati agaknya-oh akhirnya anak aku nak kahwin* Siapa orangnya, asal mana, belajar ke kerja dah?
Saya: Nama Huzaine, asal Kluang, sekolah dulu dekat Seremban, U dekat Germany, skang baru la balik, belum la kerja lagi.
Ma: aik asal Kluang, belajar pun jauh mana korang kenal ni???

Haaaaaa.... jadi dikesempatan ulang tahun hari bahagia kami yang ke-4 ini saya ambil kesempatan untuk kisahkan sikit cara kami berkenalan..perkenalan kami adalah bermula di ---FRIENDSTER.COM & YAHOO MESSENGER! * insert gong sound effect!*

Ya betul, kami berkenalan di alam maya, seawal tahun 2000, kami diperkenalkan oleh sahabat baik saya Nur Fateen Fakhariah dengan encik Suami, suruh add dekat YM tapi masa tu mungkin kami masih di tahap usia kanak-kanak ribena, maka perkenalan kami habes di situ sahaja. Tapi semuanya bermula semula pada tahun 2006, di saat saya baru mula melangkah ke alam pekerjaan yang penuh pancaroba dan juga ke'boring' an saya 'buzz' semua kenalan saya di YM list dan sape yang tak reply saya akan delete, jadi Encik Suami adalah antara list yang nyaris nak kena delete dari contact list tapi dia tiba-tiba reply...

Bermula dari situ, saya ketika itu di pejabat, dan encik suami pula jauhnya beribu batu, dipisahkan lautan dan benua, kami berhubung. ketika itu tidak silap saya perbezaan waktu Malaysia dan Germany adalah 6 jam,(Germany lewat 6 jam)le jadi kalau say ON chat seawal jam 8.00am beza waktu kami adalah pukul 2am di Germany! Kami akan bertukar cerita, berborak, bergossip, dan dari YM kami mula add diri masing-masing di akaun Friendster.com. Dari friendster.com encik Suami telah berani untuk call saya dari Germany menggunakan call via online yang namanya saya sudah lupa.Nota: di tahun 2006 skype baru sahaja muncul ,masih tiada facebook wechat, whatsapp atau apa sahaja aplikasi berhubung yang canggih manggih seperti sekarang. Encik Suami akan call saya seminggu sekali mengikut kemampuan beliau

Dipendekkan cerita post yang dah 6 bulan lapsed ni,Sayang nak ucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke -4 semoga jodoh ini berpanjangan, diberkati dengan limpahan Rahmat dan Doa yang berpanjangan,kesihatan yang baik, rezeki yang mencurah dan anak-anak yang Soleh dan Sollehah..amin ya rabal alamin..

I Love U Mr.Husband!




1 comment:

  1. waa....baru singgah blog ko...xperla nak wish jugak wpun lambat bangat...moga korang berbahagia hingga ke jannah sana...

    ReplyDelete